I recieved this email about hari kiamat...they stated bout hari
kiamat bile...
Aku ini tidak ada byk ilmu tapi bile pertame kali aku terima email
tu die ckp agak2 hari kiamat bile...
Diambil oleh Hadith 40 (Terjemahan dan Syarahnya oleh
Al-Ustadh Mustafa 'Abdul Rahman...
Muke surat 73..Ini sebahagian sahaja hadith yg saya petik...
"Akhirnya ia berkata (meneruskan pertanyaannya lagi): Maka
khabarkan kepadaku darihal hari Qiamat. Rasulullah SAW menjawab:
Tidaklah yang datang daripadanya lebih tahu daripada orang yang
bertanya. Kalau begitu, katanya, khabarkan kepadaku dari tanda-tandanya
sahaja. Rasullulah SAW menjawab: Tanda-tandanya itu ialah bila
hamba-hamba telah dilahirkan tuannya dan engkau lihat orang-orang
yang tidak berkasut, tidak berpakaian, miskin, pengembala kambing
(berbangga-bangga) menegakkan dan meninggi-ninggikan binaan"
Daripada hadith ini kita dpt tahu bahawa Rasullulah SAW pon tidak
tahu bila tahun terjadinya kiamat..beliau hanya dpt memberi
tanda-tandanya...
Natijahnya...Adakah sekirannya kita tahu hari kiamat sudah dekat
baru kita hendak beribadah..?? Kenapa kita tidak fikirkan tentang
berapa banyakkah telah kita beramal untuk kematian kita...??
Namun kita sibuk2 pikirkan tentang hari kiamat yg
kita tidak tahu bila harinnya...
Adakah kita beribadah kerana hari kiamat...?? Atau kita beribadah
kerana Allah..??
Semememangnnya apa yg saya tulis di blog ini hanya melandas kan
pikiran saya yg cetik dengan ilmu agama...Sekirannya saya salah tolong
tegur saya di tagboard dan doakan kemaafan saya...